Bermula 2007, MPS Pharmacy Sdn.
Bhd., mula mengorak langkah dalam bidang pengeluaran produk kesihatan
berasaskan herba dan nutraseutikal secara “ contract manufacturing” dengan
kilang farmaseutikal yang mematuhi GMP; Thoyyib Pharma Industries Sdn. Bhd.
Produk-produk yang telah dihasilkan ialah:
- UNDERGROUND – Minuman Tenaga Adaptogenik
- EXCELERADE – Minuman Coklat Adaptogenik
- LACTAFLOW – Penggalak Susu Ibu Semulajadi
Menyedari ubat-ubatan kimia sintetik
membawa kesan-kesan sampingan yang tidak dikehendaki, syarikat ini mula
mentransformasikan pendekatannya kepada
penggunaan nutraseutikal, suplemen dan herba-herba semulajadi untuk membetulkan
dan menyusun semula keseimbangan badan
dan mengembalikan kesihatan. MPS Pharmacy Sdn. Bhd. komited untuk menghasilkan
produk-produk kesihatan semulajadi yang berkualiti bukan sahaja untuk pasaran
tempatan, malah ke peringkat global.